NOTA DAN LATIHAN

Kata Hubung
1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
*      perkataan dengan perkataan
*      rangkai kata dengan rangkai kata
*      ayat dengan ayat.
2. Kata hubung terbahagi kepada tiga,iaitu:
*      kata hubung gabungan,
*      kata hubung pancangan,
*      kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Berpasangan
Contoh
Ayat Contoh
baik - mahupun
Baik lelaki mahupun perempuan lama‑sama bergotong‑ royong membersihkan balai rays itu.
baik- baik
Baik Daud balk adiknya sama‑sama pintar.
bukan sahaja malah
Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah      entah
Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
jangan – pun
Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
kian – kian
Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
sama ada – ataupun
Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan
pula
Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula
Bukit Larut.
semakin...semakin
Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi
Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun
Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.


 Contoh kata hubung dalam bentuk akar
dan
hingga
lalu
ketika
dengan
yang
tetapi
jika
kerana
serta
kalau
kemudian
demikian
walhal
walau
agar
atau
demi
supaya


3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
semasa
sementara
seharusnya
andaikata
semoga
seketika
sebaliknya
sedangkan
setelah
sesungguhnya
walaupun
itupun
sewaktu
seandainya
meskipun
sekalipun
mudah-mudahan
moga-moga
jikalau
bagaimanapun
padahal


contoh ayat
*      Menggabungkan dua ayat
                Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang.
*      Menggabungkan dua rangkai kata
                Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
*      Menggabungkan ayat-ayat
                Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
 
      BAHASA MELAYU KERTAS 2 BAHAGIAN C
      NILAI DAN PERINCIANNYA

Nilai
Perincian


         Baik
         Hati
Murah hati.
Belas kasihan.
Bertimbang rasa.
Ramah mesra.
Kesediaan meminta dan memberi maaf.
Sabar, saling memahami dan toleransi.
Saling memanfatkan.

    Berdikari
Tidak mengharapkan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Yakin kepada diri sendiri.
Berupaya bertindak sendirian.


        Hemah
        Tinggi
Sentiasa melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh masyarakat.
Mengamalkan segala bentuk sikap positif yang menjadi tonggak kesempurnaan peribadi.
Tidak memandang rendah dan menghina mereka yang kurang bernasib baik.
Sopan dan bertatasusila.
Mengakui kesilapan diri.



     Hormat-      Menghormati

Menghormati ibu bapa, guru, pemimpin, dan orang yang lebih berusia.
Mematuhi undang-undang dan peraturan.
Menepati masa dan menggunakan masa dengan baik.
Menghormati adat resam dan kepercayaan kaum lain.
Menghargai sumbangan dan jasa.
Menghormati hak asasi orang lain.

         Kasih
        Sayang
Sayang akan diri sendiri / ada harga diri.
Mengamalkan gaya hidup sihat.
Sayang akan alam semula jadi.
Sayang akan harta benda.
Cinta akan keamanan dan keharmonian.


       Keadilan
Bertindak adil dan saksama dalam membuat keputusan atau dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mengenakan ganjaran dan denda yang seimbang dalam pengurusan sesuatu.
Adil dalam pembahagian dan pengagihan.

Kebebasan
Membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan dan undang-undang.

Keberanian
Bersedia untuk mencuba sesuatu.
Bersedia untuk menegakkan kebenaran.


     Kebersihan
       Fizikal
       dan
       Mental
Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri, rumah, sekolah, dan persekitaran.
Kebersihan untuk keselesaan hidup dan kesihatan.
Amalan harian mengikut masa, misalnya rehat, tidur dan makan.
Pakaian yang sempurna.
Pemikiran yang sihat, kata-kata yang sopan dan tingkah laku yang baik.



   
Nilai
Perincian



      Kejujuran
Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas.
Sikap bertanggungjawab yang menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Kesucian hati tanpa mengharapkan balasan apabila melakukan sesuatu.



     Kerajinan
Usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan.
Teguh, tetap dan tabah hati dalam melakukan sesuatu perkara.
Berusaha sungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif dan kreatif .
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara.




   Bekerjasama
Mengamalkan usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama.
Hubungan mesra tanpa mengira keturunan atau bangsa untuk melahirkan kerjasama yang erat.
Tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipikul bersama.
Saling membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab tanpa mengharapkan ganjaran.
Sanggup toleransi, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan.
Suasana persefahaman dan kerjasama pada peringkat keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan antarabangsa.


 Kesederhanaan
Tidak keterlaluan atau berlebih-lebihan dalam membuat pertimbangan / tindakan.
Sederhana dalam pertuturan dan tingkah laku.
Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri / kepentingan orang lain.


     Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.
Melahirkan perasaan untuk mengiktiraf dan menghargai sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
Mengingat jasa baik seseorang dan berhasrat untuk membalasnya.
Berterima kasih atas jasa dan sumbangan yang diterima.


Rasional
Boleh mengambil kira baik buruk sesuatu sebelum membuat keputusan.
Mampu berfikir dan memberi alasan yang munasabah.
Sikap dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah.
Dapat membuat pertimbangan yang wajar.

   Semangat
   Bermasyarakat
Peka terhadap keperluan dan kehendak masyarakat.
Bekerjasama dan muafakat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.


Patriotisme
Hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara.
Patuh kepada peraturan dan undang-undang.
Semangat cinta akan negara.
Cinta dan taat kepada raja dan negara.




   HURUF BESAR  dan TANDA BACA


Huruf Besar

Ini pak cik  Karim!
Ini  Pak  Cik  Karim!

Saya mempersilakan adik  Khadijah untuk …
Saya mempersilakan  Adik  Khadijah untuk …

Rumah ini milik datuk  Azizi.
Rumah ini milik  Datuk  Azizi.


Tanda Petik
Katanya, “Filem itu mengecewakanku.
Katanya, “Filem  Mukhsin  itu begitu mengagumkan juri.
Dialah  anai-anai  yang merosakkan keluarga ini.
Aku tak tahu  hantu  manakah yang menyorokkan penaku?

Tanda Seru
Alamak, aku kena kursus lagi!
Aduhai, sungguh malang nasibku ini!
Jangan! Jangan! Jangan tinggalkan daku!
Tolong! Tolong! Pencuri!
Rapat! Rapat! Jualan murah!

,  sebelum  dan

Ada murid yang sedang berbual, makan, dan  tidur di dewan itu.
Azizi, Zikril dan Iqmal mengenakan pakaian yang berbeza
warnanya iaitu merah, biru, dan  kuning.




,   sebelum  dan

           ~   mengelakkan  KEKELIRUAN
             ~   melebihi  2 UNSUR



1.    Ada  peserta  yang  membaca,  bersembang  dan  tidur  di  luar  dewan sementara menunggu masuknya zuhur.

       Ada  peserta  yang  membaca,  bersembang,  dan  tidur  di  luar  dewan sementara menunggu masuknya zuhur.

2.    Resit yang berasingan akan dikeluarkan untuk bayaran makan,  riadah dan  penginapan.

       Resit yang berasingan akan dikeluarkan untuk bayaran makan, riadah, dan penginapan.

3.    Masukkan sedikit gula,  telur dan serbuk perasa  ke dalam adunan.

       Masukkan  sedikit  gula,  telur,  dan  serbuk  perasa  ke  dalam adunan.

4.    Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah,  Guru Besar  dan Yang Dipertua PIBG.

       Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah,  Guru Besar,  dan  Yang Dipertua PIBG.

5.    Seminar itu dihadiri oleh penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik. 

Seminar itu dihadiri oleh penyanyi, penggubah lagu,  dan  penulis lirik. 

6.        Jurulakon,  juruvokal dan jurutari profesional   berusaha  bertungkus-lumus untuk merealisasikan penampilan pelajar-pelajar Akademi Fantasi.  

       Jurulakon,  juruvokal, dan  jurutari  profesional  berusaha bertungkus-lumus   
          merealisasikan penampilan pelajar-pelajar Akademi Fantasi.  

7.    Murid-murid  itu  memanfaatkan  masa  dengan  mentelaah,  mengulang kaji
       dan mengadakan perbincangan  di pusat sumber.
     
       Murid-murid itu memanfaatkan masa dengan mentelaah, mengulang kaji,  dan  mengadakan perbincangan  di pusat sumber.


Kosa Kata : Kata Banyak Makna

Berikan makna bagi setiap perkataan yang dihitamkan dalam ayat-ayat  yang berikut.

1.
A.
Semua soalan dalam Ujian Pra UPSR itu senang belaka.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
B.
Murid-murid Tahun 6 Kenanga kurang senang dengan gelagat murid baru itu.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
C.
Sejak anak-anak sudah besar, barulah kehidupan Tuan Haji Wahid senang sedikit.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
2.
A.
Tawar hatinya untuk meneruskan pelajarannya setelah ia gagal dalam peperiksaan SPM.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
B.
Ibu terpaksa minum air teh tawar untuk mengelakkan dirinya daripada penyakit kencing manis.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
C.
Baju itu telah ditawarnya dengan harga yang paling rendah.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
3.
A.
Budak yang cerdik itu adalah bekas murid Sekolah Kebangsaan Puteri.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
B.
Bekas cubitan adiknya masih ada lagi walaupun telah seminggu berlalu.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
C.
Saki-baki makanan itu telah disimpannya ke dalam bekas yang kedap udara.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
4.
A.
Saya telah minum sebanyak tiga kali kerana terlalu haus.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
B.
Walaupun kasut itu baru dibelinya tetapi tapaknya telah haus.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
C.
Kampung yang mundur itu haus akan pembangunan seperti kampung-kampung yang lain.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
5.
A.
Kedua-dua pasangan kembar itu belajar di dalam kelas yang sama.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
B.
Pengetahuan Jacob tentang Agama Islam sangat mendalam.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….
 
C.
Kolam renang itu sangat dalam.
 
 
Maksud : …………………………………………………………………….

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C KERTAS 2


5 ulasan:

ZAIDI BIN AHMAD berkata...

cuba jawab semoga berjaya...

青龙木老师 berkata...

video teknik menjawab bahagian c jelas dan berguna kepada murid.

Siew Foo D20112052869 berkata...

Amat menarik dan sesuai untuk pelajar mencubanya, syabas!

Tanpa Nama berkata...

maklumat yg membantu saya.TQ

mawar kasih berkata...

Bagus