PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
Hari                  :           SELASA                                  Masa                 :  11.15 – 12.00 ( 45 minit )
Kelas                :           6 Bestari                                   Bil Pelajar        :  24 orang
Mata pelajaran :           Bahasa Malaysia
TEMA              :          SEKOLAHKU
TOPIK              :          MURID BERWAWASAN

FU :     8.1 Aras 2 (i)
            Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.

FS :      1.1 Aras 1 (i)
            Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan dengan sesuatu topik

            3.1 Aras 2 (ii)
            Menyusun dan menyampaikan maklumat dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Objektif           :           Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.               Membina lima ayat majmuk tentang ciri-ciri murid berwawasan dengan  menggunakan kata hubung.
2.               Berinteraksi dengan rakan untuk membincangkan ciri-ciri murid berwawasan.
3.         Membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Tatabahasa      :           Kata Hubung, Ayat majmuk
Kosa Kata       :           berwawasan, bersaing, cabaran, kecekalan
Nilai                :           kerajinan, ketekunan, berwawasan, menghargai masa, kasih sayang
Ilmu                 :           Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral
KBT                :          KB ( menjana idea, mencirikan)
Pembelajaran Kontekstual (Mengalami)
Sistem bahasa  :           Ejaan dan Tanda Baca

Langkah/ Masa

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan

Aktiviti guru
  Aktiviti murid
Set Induksi
(5 minit)
Lagu “Yakin Boleh”.
1. Guru memaparkan lirik lagu “Yakin Boleh”.
2. Guru memainkan muzik lagu “Yakin Boleh” melalui tayangan video.
3. Guru meminta murid menyatakan mesej utama yang terkandung dalam lagu yang dinyanyikan.
4. Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
1. Murid menyanyikan lagu “Yakin Boleh” mengikut rentak muzik yang diperdengarkan.
2. Murid menyatakan pengajaran daripada lirik lagu yang telah dinyanyikan.
BBM
Lirik lagu “Yakin Boleh”.
Video
Kecerdasan Pelbagai:
Muzik
Nilai murni
Keyakinan
Ketabahan
Langkah 1
( 10 Minit )
Tokoh
-       Negarawan
-       Jutawan
-       Sasterawan
-       Cendekiawan
1.    Guru menayangkan gambar beberapa orang tokoh yang telah berjaya di negara ini.
2.    Guru menceritakan secara ringkas latar belakang setiap tokoh tersebut.
1.   Murid menyatakan nama tokoh yang ditayangkan.
2.   Murid menyatakan maklumat yang diketahui mengenai setiap tokoh tersebut.
3.   Murid menyatakan ciri-ciri utama yang membawa kejayaan besar kepada tokoh-tokoh tersebut.
BBM
Gambar tokoh
KBT
Mencirikan
Menginterpretasi
Ilmu
PSK
P. Moral
Kemahiran
Mendengar dan Bertutur
Langkah 2
(15 Minit )
Murid Berwawasan
-       Ciri-ciri
1.   Guru meminta murid menyatakan maksud “berwawasan”.
2.   Guru meminta murid berbincang secara berkumpulan untuk menyatakan ciri-ciri murid berwawasan.
3.   Guru memilih lima ciri terbaik dan menuliskannya di papan tulis.
1.      Murid menyatakan maksud berwawasan mengikut kefahaman mereka.
2.      Secara berkumpulan murid membincangkan 5 ciri murid berwawasan.
3.      Murid melengkapkan borang pengurusan grafik yang dibekalkan kepada setiap kumpulan.
4.      Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
BBM
Borang pengurusan grafik
KBT
Kontekstual
KB
Menjana idea
Sistem Bahasa
Mendengar dan bertutur
BCB
Perbincangan
Pembentangan
Langkah 3
(10 minit)
Ayat Majmuk
1.   Guru meminta murid menuliskan ayat majmuk berdasarkan ciri-ciri “Murid Berwawasan” yang telah disenaraikan di papan tulis.
1.      Murid menulis ayat majmuk berdasarkan ciri ciri “Murid Berwawasan” yang telah disenarakan oleh guru di papan tulis.
Pengetahuan sedia ada:
Kata hubung
Ayat tunggal
Ayat majmuk
Sistem Bahasa:
Ejaan dan tanda baca
Penutup
( 5 minit )
Nilai Murni
1.      Guru merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran.
1.      Murid menyatakan nilai murni yang telah dipelajari daripada pembelajaran hari ini.
2.      Murid menyatakan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri mereka sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan.
Nilai murni:
Ketekunan
Ketabahan
Keazaman
Ketaatan
Berdisiplin



LAMPIRAN BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN



LAGU UNTUK SET INDUKSI


SLIDE TOKOH
RAKAMAN MAKROPENGAJARAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
TEKNIK MENJAWAB BM UPSR KERTAS 2  OLEH CIKGU ZAIDI

   

Tiada ulasan: