PERUMPAMAAN
|
MAKSUD
|
Bagai air mencari jenisnya
|
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak
berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
|
Bagai ayam disambar helang
|
Mati tanpa sakit.
|
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
|
Terlalu banyak pada
sesuatu masa.
|
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati
tidak mahu
|
Hidup dalam kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan
orang.
|
Bagai minyak dengan air
|
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak
akan menjadi jahat.
|
Bagai pucuk dilancarkan
|
Amat cepat.
|
Bagai gembala diberi keris
|
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.
|
Seperti air dalam dulang
|
Negeri yang aman sentosa.
|
Seperti api di dalam sekam
|
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau
tanpa disedari
|
Seperti aur ditarik songsang
|
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan
kerana sudah tersalah jalan.
|
Seperti embun dihujung rumput
|
Tidak kekal
|
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
|
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
|
Seperti hujan jatuh ke pasir
|
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu
pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu
tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir kerana kedegilannya.
|
Seperti lintah menghisap darah
|
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara
lemah lembut.
|
Isnin, 10 Disember 2012
PERUMPAMAAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Maksud Perumpamaan jelas dan senang difahami!
Blog yang sangat menarik dengan nota yang lengkap.
Catat Ulasan