PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
Air beriak tanda tak dalam
|
Banyak bercakap tanda tiada
berilmu.
|
Alang-alang berminyak biar licin
|
Berbuat sesuatu jangan kepalang
tanggung.
|
Ayam di kepuk mati kelaparan,
itik di air mati kehausan
|
Sangat menderita kesusahan
meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup
miskin di negara yang kaya dan makmur.
|
Baik membawa resmi padi
daripada resmi lalang
|
Tidak sombong; rendah diri.
|
Belayar sambil memapan, merapat
sambil belayar
|
Sesekali melakukan pekerjaan
dua tiga maksud tercapai.
|
Belum duduk sudah berlunjur
|
Belum memperoleh sesuatu yang
dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.
|
Berjagung-jagung dahulu
sementara padi masak
|
Sementara menunggu apa yang
baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.
|
Biar jatuh terletak, jangan
jatuh terhempas
|
Lebih baik menarik diri
terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.
|
Carik-carik bulu ayam,
lama-kelamaan bercantum juga
|
Perselisihan faham antara saudara-mara
dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
|
Diibaratkan sebagai condong
ditumpil, lemah dianduh
|
Memberi pertolongan kepada
orang-orang di dalam kesusahan.
|
Hendak belajar berenang
dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
|
Hendak mengetahui sesuatu
perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
|
Ibarat burung, mata terlepas
badan terkurung
|
Tidak ada kebebasan atau
kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara
jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.
|
Jika ada kemenyan sebesar lutut
pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
|
Kepandaian hendaklah diajarkan
kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
|
Kalau tak berada-ada tak akan
tempua bersarang rendah
|
Tentu ada sebab yang
tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan
kesan.
|
Kalau tiada rotan akar pun
berguna
|
Sesuatu perkara yang dihajatkan
sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.
|
Perempuan serasan, lelaki
pemalu
|
Pegangan hidup yang tidak
serupa.
|
Sekali membuka pura, dua tiga
hilang berbayar
|
Sekali melakukan pekerjaan dua
tiga maksud tercapai.
|
Semacam besar pacak daripada
tiang
|
Belanja lebih besar daripada
pendapatan.
|
Ular menyusur akar tidak akan
hilang bisanya
|
Orang besar yang merendahkan
diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau
bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan
hilang bisanya.
|
Isnin, 10 Disember 2012
DALAMNYA MAKSUD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
Assalammualaikum wbt.
Tahniah. Pengisian ilmu yang amat bermanfaat buat anak-anak didik dan guru-guru. Terima kasih cikgu.
terima kasih atas perkongsian anda
saya suka berkunjung ke blog cikgu kerana banyak maklumat yang boleh saya manfaatkan. sesuai untuk emua peringkat usia. tahniah cikgu zaidi
Nice blog..Lagu best...Keep it up...=)
blog yang menarik
Nota yang dipaparkan oleh cikgu amat memanfaatkan.
Thanks for sharing.
Catat Ulasan