Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Nama Am
|
Contoh
|
Ayat Contoh
|
benda
|
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
|
1 Almari itu berpintu dua.
2 Kipas itu berpusing ligat.
3 Ayah membeli dua buah komputer baru.
|
haiwan
|
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
|
1 Burung itu terbang tinggi di udara.
2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3 Leher zirafah itu panjang sekali.
|
manusia
|
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
|
1 Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2 Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3 Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
|
tempat
|
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
|
1 Mereka sering berkelah di pantai itu.
2 Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3 Kita digalakkan menyimpan wang di bank.
|
Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1. Encik Wong membeli sebuah kereta baru.
Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada
permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
Contoh:
1. Masjid itu baru siap dibina.
2. “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.
3 ulasan:
blog yg menarik..info yg dikongsikan juga menarik dan berguna sebagai rujukan..terima kasih untuk perkongsian ini
ilmu yang dapat dikongsi bersama.blog yang menarik.
terima kasih kerana berkongsi maklumat.Tahniah
Catat Ulasan