Isnin, 19 November 2012

PANTUN KLASIK PERIBAHASA

PANTUN KLASIK NASIHAT

PANTUN KLASIK BUDI

PANTUN KLASIK TEKA-TEKI

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum.

Perhatikan penerangan di bawah ini.


Kata Nama Am
Contoh
Ayat Contoh
benda
permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar
1   Almari itu berpintu dua.
2   Kipas itu berpusing ligat.
3   Ayah membeli dua buah komputer baru.

haiwan
monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk
1   Burung itu terbang tinggi di udara.
2   Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan.
3   Leher zirafah itu panjang sekali.

manusia
penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua
1   Wanita itu paling dikehendaki oleh polis.
2   Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias.
3   Ibunya jarang menjenguknya di asrama.
tempat
bank, klinik, perpustakaan, asrama,
hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab
1   Mereka sering berkelah di pantai itu.
2   Orang ramai berkumpul di balai raya itu.
3   Kita digalakkan menyimpan wang di bank.


         Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya.
 Contoh:
1.   Encik Wong membeli sebuah kereta baru.

         Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada 
   permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk.
 Contoh:
1.  Masjid itu baru siap dibina.
2.   “Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi,” kata Salman.

KATA NAMA KHAS

 Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang,, haiwan, benda, dan tempat yang tertentu atau khas.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nama Khas
Contoh
Ayat Contoh
benda
Perodua Kelisa, Colgate, Salem, Mercedes Benz, Nissan Sentra, JVC, Blaufunk, Ray Ban, Polo, Bata, Byford, Utusan Malaysia,
Kriss, Shell, Coca Cola, Philips, Reebok
1  Kakak memakai seluar jean berjenama
    Lee.
2  Radionya jenis Nasional.
3  Encik Maarof memandu kereta Jaguar.
haiwan
Sang Rangkak, Pak Belang, Si Jalak, Sang Tikus, Sang Bedal, Bujang Senang, Si Tompok, Si Comel, Sang Badak, Raja Singa
1 Si Comel manja dengan tuannya.
2 Si Tompok berkelahi dengan Sang Tikus.
3 Pak Belang tidur dengan lama sekali.
manusia
Azlina, Razak, Muhamad, Suzana, Ricky, Lionel, Edmund, Jasmin, Dalip Singh, Jeremy Wong, Sameon, Bush, Hock Seng, Patricia, Diana
1 Zamri jarang pergi ke perpustakaan.
2 Jonah lulus dengan cemerlang dalam 
    ujiannya.
3 Wak Saringat berasal dari Jakarta.
tempat
Melaka, Tawau, Hatyaai, Tanjung Pagar, Danau Toba, Dengkil, Wisma Yakin, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Plaza Imbi, Lot 10, Pudu Raya
1. Ayah ingin menginap di Hotel Federal
    selama beberapa hari.
2 Ibunya bekerja di Bank Negara Malaysia.
3 Kakitangan pejabat itu melancong ke
    Pulau Bali.


       Dalam penulisan, kata-kata khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya.

Contoh:
                1   Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan.
               


KATA NAMA TERBITAN

Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata nama terbitan terhasil daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi yang diberikan imbuhan. Imbuhan yang dapat membentuk kata nama terbitan ialah imbuhan -an, peN-…-an, peN-, ke-…-an, peR-…-an, dan sebagainya.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Jenis Kata
Kata Dasar
Kata Nama Terbitan
Kata Nama
menteri, guru, jalan, rumah, kebun, raja, pulau, rakyat, harta, berita, darat
kementerian, perguruan, perjalanan, perumahan, perkebunan, kerajaan, kepulauan, kerakyatan, hartawan, pemberita, daratan
Kata Kerja
minum, mati, soal, cuci, didik, pakai, pandang, tarik, usaha, tulis, baca
minuman, kematian, soalan, pencuci, pendidik, pakaian, pemandangan, tarikan, usahawan, tulisan, pembaca
Kata Adjektif
jujur, riang, cantik, besar, suci, kotor, jahat, jahil, mudah, kaya, manis, bulat
kejujuran, keriangan, kecantikan, kebesaran, kesucian, kekotoran, kejahatan, kejahilan, kemudahan, kekayaan, pemanis, kemanisan, bulatan
Kata Sendi Nama
oleh, untuk
perolehan, peruntukan
Kata Hubung
kecuali, serta
kekecualian, penyertaan, peserta


Contoh:
1   Kementerian Pelajaran sedang mengkaji cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah
      sosial di kalangan pelajar pada masa kini.
2   Tulisannya seperti cakar ayam.
3   Permainan gasing semakin diminati oleh remaja pada masa kini.

KATA PEMERI - IALAH ATAU ADALAH

KATA PEMERI -   IALAH ATAU ADALAH


Pengguna-pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.
Ialah – digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
Adalah – digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
ialah
adalah
Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.

Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting
Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga pekerja
Fungsi utama tulang adalah sebagai pelindung organ utama seperti jantung dan paru- paru.

Fotosintesis ialah satu proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri.

Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang menyambut hari lahirnya.


Tapi Ingat!!!!!!!!
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

(i) "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) "Adalah" diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) "Adalah" dimaklumkan sekolah akan ditutup esok.

Bagaimanakah sepatutnya??????

(i) Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) Dengan ini diisytiharkan bahawa Han Raya puasa jatuh pada hari Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) Tuan-tuan dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.

Uji Kefahaman Anda :
Isikan tempat tempat  kosong di bawah ini dengan kata pemeri ialah atau adalah  yang sesuai.

1.      Dr. Omar yang berucap di perhimpunan sekolah ________ bekas  
          penuntut sekolah ini.
2.      Penuntut perempuan yang jelita itu ___________ tunangan orang.
3.      Tiada siapa yang menyangka dia  _________ sangat garang orangnya.
4.      Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________ penyakit yang tiada penawarnya lagi.
5.      Matlamat mengadakan laman sesawang Bahasa Melayu ________ untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan.
6.      Pasar serbaneka itu yang dibuka di kawasan itu_____________ untuk kemudahan penduduk di situ.
7.      Rumah baharu di hadapan rumah saya itu ________ milik Encik Mokhtar.
8.      Salah satu masalah remaja ________ tabiat membelanjakan wang dengan berlebihan.
.

Ahad, 4 November 2012