Isnin, 19 November 2012

KATA PEMERI - IALAH ATAU ADALAH

KATA PEMERI -   IALAH ATAU ADALAH


Pengguna-pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.
Ialah – digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
Adalah – digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
ialah
adalah
Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.

Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting
Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga pekerja
Fungsi utama tulang adalah sebagai pelindung organ utama seperti jantung dan paru- paru.

Fotosintesis ialah satu proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri.

Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang menyambut hari lahirnya.


Tapi Ingat!!!!!!!!
Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

(i) "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) "Adalah" diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) "Adalah" dimaklumkan sekolah akan ditutup esok.

Bagaimanakah sepatutnya??????

(i) Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) Dengan ini diisytiharkan bahawa Han Raya puasa jatuh pada hari Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) Tuan-tuan dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.

Uji Kefahaman Anda :
Isikan tempat tempat  kosong di bawah ini dengan kata pemeri ialah atau adalah  yang sesuai.

1.      Dr. Omar yang berucap di perhimpunan sekolah ________ bekas  
          penuntut sekolah ini.
2.      Penuntut perempuan yang jelita itu ___________ tunangan orang.
3.      Tiada siapa yang menyangka dia  _________ sangat garang orangnya.
4.      Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________ penyakit yang tiada penawarnya lagi.
5.      Matlamat mengadakan laman sesawang Bahasa Melayu ________ untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan.
6.      Pasar serbaneka itu yang dibuka di kawasan itu_____________ untuk kemudahan penduduk di situ.
7.      Rumah baharu di hadapan rumah saya itu ________ milik Encik Mokhtar.
8.      Salah satu masalah remaja ________ tabiat membelanjakan wang dengan berlebihan.
.

Tiada ulasan: